BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, October 13, 2011

Wanita seperti pohon semalu..


indahkan bunga tu..
indah nyer seorang wanita jika begitu..

"Cuba tengok pokok ini. Apa nama pokok ini?" Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.

"Pokok semalu." Semua serentak menjawab.

"Wah! Pandai adik-adik ini. Siapa tahu apa kelebihan pokok semalu?" Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan daripadanya.

"Hmm. Susahlah soalan itu. Oh,ye. Zaki rasa, mungkin sebab ia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni pada Zaki." Zaki dengan beriya menjawab soalan gurunya itu.

"Hehe...Aduhai...comel sungguh adik Zaki ini. Betul juga jawapan itu. Untuk pengetahuan semua, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya 'Mimosa Pudica' ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ini? Boleh bagi contoh, Siddiq?"

Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.

"Hmm...Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.

"Wah, bagus jawapan itu. Cuba Siddiq terangkan." Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.

"Yelah, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok semalu ini kalau kita tengok, apabila kita sentuh, ia tertutup. Ini menunjukkan ia nak melindungi dirinya. Tapi, perempuan zaman sekarang tidak tahu malu!" Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

"Betul! Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya." Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

"Oo..tapi, kalau pokok semalu ini sudah tutup tapi orang ingin memegang juga macam mana?" Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.

"Tangan orang itu akan terluka sebab pokok semalu ada duri!" Faris Haikal menangkis hujah Aiman.

"Jadi, kalau orang itu cabut juga pokok ni?" Aiman seperti mahu melontar provokasi.

"Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya.

Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan pengajaran yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.

Peliharalah aurat kita wahai muslimah, pelihara ia dengan sebaiknya.

Ingat sebegini dituju kepada diri saya sendiri juga :)
Belajar utk baiki diri..

Bersatu hati secara SAH..

Aduhai cik dayah..tetibe update blog dgn tajuk mcm tu ..12/10/2011 oppp...13/10/2011

mcm besar je mksud nyer tu..

Setiap insan kat dunia ni..ditakdir kan berpasangan..INSYAALLAH..
Kite mestilah sentiasa berdoa dijodohkan dgn insan yang bole membimbing kite ke jalan yang diredhai..

Cinta memang senang dilafazkan tapi susah nak diungkapkan sebenarnya..
Tapi segalanyer akan terjwb apabila ade ikatan yang SAH disisi ISLAM..

Amin.. :)

Setiap insan berusaha jadi yang terbaik..

kOngsi 1 artikel
BEst tajuk nyer .... ibu vs boyfriend...

Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.

Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.

Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.

Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?

Kekasih hati atau ibu bapa kita?

Situasi 1:

Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah: Laa, Minah penat ni.

Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).



Situasi 2:

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.

Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.

Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.



Situasi 3:

Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.

Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.

Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.



Situasi 4:

Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.

Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.



Situasi 5:

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.

Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak.

****

Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!

Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!

Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!

Minah: ??????

-The End-



Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.

Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?

Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati.


i say mum not bf..

Sekian.. ;)

Sunday, October 2, 2011

kak mimi da kawin..

..mulakan dengan senyuman..


Alhamdullilah..seorang lagi kakak ku telah selamat bergelar isteri..
sedey dan bgembira bercampur baur,,yela,,kak mimi ni teman setia saya..

gembira bila kak mimi bersama dengan pasangan nyer..
kalau bole,,saya pun nk jd seperti die,,xnk kwn terlalau lame..
hubungan yg sah tu lebih bahagia..

pas ni,,kak mimi akan tinggalkan kami,,berpindah mengikut suami die..

kami sentiasa doakan kebahagian kak mimi da suami nyer..

sebelah suami kak mimi - POKOK SENA

Sebalah kak mimi - SG PETANI..

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

lame rasenyer xupdate blog aku ni.. ;)
hr hi masuk raya ke 8..

ALHAMDULLILAH..tahun ni aku dapat beraya bersama family tersayang d johor..
walaupun mlm raya ke 2,,aku da balik ke alor setar utk berkhidmat semula..

raya ke 4 hingga ke 6,,aku ditugaskan keja malam..
betapa streess nyer keja time tu..Aduhaii....

meh nak story pasai raya..
best sgt tahun ni,,sbb tahun pertama aku sudah bekerja..selain tu,,keinginan aku nak ade keta sendiri pun tercapai..Alhamdullilah..


ni la buah ati aku..

raya tahun ni,,tema hijau..TERBAIKKKKKKKKKKKK

meh tgk cikit..ibu kata :besar da semua anak ibu..



selebihnyer..bole tgk kt fb saya k..hihi..

selamat hr raya semua..moga tahun depan dapat beraya lagi mcm tahun ni..

Monday, August 15, 2011

mood raya..

da lame rasenyer xupdate blog kesygn aku ni :)

hr ni da masuk ke 15 kite berpuasa..ALHAMDULLILAH..
xtahu la mood aku terlalu hepi sgt bulan puasa tahun ni..

Alhamdullilah..rezeki yg ALLAH berikan..tu membuat kan aku kena beringat dengan segala rezeki yang diberikan..

yang paling hepi bile tahun ni aku dapat balik beraya dengan ibu,abah,adik2..rindu nyer kat dieorg..tq kat bos yang bg saya balik beraya..walaupun raya ke 3 da kena keja..

tu no hal la..jnji dapat balik berpuasa dgn ibu dan abah..raya pertama dan ke 2 kat kmpung.. MUAR..tunggu saya balik..

awal2 aku da g beli tiket..24/8 ni aku bertolak dr alor star balik ke muar.. YAHHOOOOO...

sbb ke 2 saya hepi bile impian nak ade kereta sendiri..Harap2 semua nyer lepas..

ape2 pun..hope semua org pun hepi..
da xsabar nk balik kmpung halaman ni..

Thursday, August 4, 2011

night shift lagi..

kali ni aku keja mlm dlm bulan puasa..
bole tahan jugak busy..yela..patient malas nk dtg siang..time mlm la nak dtg..

tiap kali aku keja mlm,,mule la nak bengang..dgn yg xcharged..dgn ntah ape2 charged..
nak kata xblaja,,puas da ajar..
bile kite ckp lebih2,,ckp kite marah..

so...baik diam kan diri..
mlm ni mlm ke2..ade lagi 1 mlm jer.. :)
pasni bole cuti dan berehat..
aku suke keja mlm ni sbb xpayah mengadap keja siang..hahaha.. :P

rase kelibut jugak kejA MLM BULAN PUASA..
x dan makanan nak turun..da kena siap2 g keja..sahur pun kat tempat keja.. :P
tp semua nyer ok..

rutin bulan puasa ni,,rajin jugak masak..nak try kawal nafsu mkn..hehe
selain tu,,aku akn tepon ibu,,tnye ape die masak..hehehe.. :)
rindukan masakan ibu.. ;(

k la..sampai sini je..jam menunjukkN 3 pagi.. (update blog)
selamat berpuasa dan berdoa agar ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum nye..

Sunday, July 17, 2011

Alhamdullilah

..mulakan dengan senyuman..

Alhamdullilah..ape yang aku tunggu selama ini menjadi kenyataan..
aku bukan xnak mintak hak aku..tapi itu semua perlukan kesabaran..

dalam kegembiraan ade jugak kesdihan bila..lya,kwn sekeja aku merangkap junior aku dulu nk sambung study..huhu..all d best lya..

dgn ape yanh aku ade sekarang..kena gune demi kebaikan..